(Seperti yang diceritakan oleh penduduk terdekat)

Cerita 1 - Misteri Volkswagen Kuning
Kisah
sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering
mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen
kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956,
tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu
yang mengaibkan.
Tetapi
sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan
Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul
dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya
dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah
membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen
kuning milik suaminya.
Sang
suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki
semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu
Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah
jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang
yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen
ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta
tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai ,
kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Menurut
pengalaman seorang pelajar UIA bernama Az (bukan nama sebenar) yang
datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui
dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009
pada waktu awal pagi kira-kira jam 6.30. Disebabkan beliau mengetahui
akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak
memotong kereta tersebut. Mujur ketika itu cuaca mentari pagi cepat
bersinar. Kereta itu hilang lenyap begitu sahaja. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu...
Cerita 2 - Kematian Misteri Di Hutan Lipur Lintang
Satu
keluarga suami isteri dan seorang anak kecil dalam 2 tahun. Keluarga
ini memang hendak menuju ke pantai timur cuma tak pasti kampungnya.
Kereta tu mati semasa melalui highway karak yg dikatakan betul-betul
bersebelahan dengan hutan lipur lintang. Si suami memeriksa keretanya
setelah bahagian hadapan berasap. setelah diperiksa radiatornya kering
kontang. pada mulanya sekeluarga itu duduk didlm kereta dgn harapan plus
peronda akan dtg memberikan bantuan namun setelah sekian lama menunggu
tiada kenderaan yg melalui jln itu. si suami mula merasa gelisah
dan.....
Dia
mengambil beberapa botol utk mencari air. Dia memesan agar isterinya
duduk didlm kereta bersama2 anaknya. Si suami terus turun kebawah
highway utk mencari air.
Tak
lama setelah suaminya pergi isterinya terus menunggu sambil memeluk
anaknya didlm kereta. tiba2 seperti ada sesuatu yg besar menghempap
dibahagian belakang kereta tersebut. bergoyang2 dgn bunyi seperti
binatang buas sedang mengerjakan sesuatu. si isteri terus memeluk
anaknya sambil ketakutan. tak lama kemudian bunyi itu hilang dan plus
peronda dtg.
Sambil
memesan pada isteri n anaknya keluar dr kereta dan meminta agar
mengikutinya ke pejabat PLUS. salah seorg aggota plus itu memberi
peringatan agar tdk melihat ke bhg belakang kereta tersebut.
Oleh
kerana terkejut n terlalu ingin mengetahui tentang suaminya terus
dirampas torch light sambil menyuluh bhgn belakang kereta tersebut.
isteri tersebut terus histeria setelah mendapati bdh suaminya hancur
dirobek ganas.
Mengikut
sumber cerita diatas diceritakan oleh isteri tersebut semasa soal
siasat oleh pihak plus sebelum dikatakan menjd tidak siuman. Apakah benda yg menyerang suami tersebut???
Menurut
cerita yg diceritakan pula oleh plus peronda.....ketika mereka
menjlnkan rutin seperti biasa iaitu meronda mereka ternampak dr jauh
sebuah kereta tersadai di tepi hway tersebut. namun apabila semakin
dekat mereka nampak suatu lembaga menyerupai mawas yg besar sedang
bertenggek dibahagian belakang kereta tersebut sambil mencarik2 sesuatu.
ketika mereka semakin hampir mahluk tersebut menoleh kebelakang lalu
terus melompat kearah hutan bersebelahan. ketika itulah mereka terus
menuju ke bahagian dpn kereta tersebut utk memeriksa situasi.....

-Tamat imbas kembali-
Cerita tersebut dikatakan terus ditutup utk menjaga kepentingan tertentu.Lagipun
kebanyakkan kawasan highway dibina merentasi hutan yg tdk diketahui ada
yg ada di kawasan tersebut...entah la...hanya cerita..tiada bukti
sahih..Namun yang pasti harus beringat apabila melalui highway karak dan
sekitarnya terutama ketika senja dan malam...

